Kali ni aku nak berblog dalam bahasa nelayu pulak. Sebab apa? Sebab banyak ayat2 yang aku pikir susah nak tulih dalam bahasa inggeris. Ala, korang semua pun bukannya tak paham bahasa melayu kan? Kalau nak bahasa inggeris jugak korang translate la sendiri pakai kamus. Seperti mana tajuk di atas, inilah topik yang saya cuba bincangkan pada masa ini. Cinta adalah sesuatu yang wujud tetapi hanya mampu ditafsirkan oleh setiap individu itu sendiri. Ya, bagi setiap orang cinta itu lain2 tetapi tetap menggunakan konsep yang sama iaitu perasaan sayang yang timbul kepada insan yang berlainan. Maaf ya, cinta yang aku maksudkan di sini ialah cinta antara lelaki dengan perempuan yang tiada pertalian darah berdekatan. Ada beribu jugak la benda pasal cinta ni tapi aku nak cuba sampaikan salah satu daripadanya.
First sekali, cuba kita tanya diri kita apa itu cinta? Adakah apabila kita menyukai seseorang yang berlainan jantina dengan kita? Tak jugak pasal ramai kaum gay dan lesbian yang wujud kat bumi sekarang ni. Adakah kita menyukai seseorang dengan mengikut satu keperluan manusia iaitu seks contohnya seperti kita teransang apabila melihat seseorang yang mungkin seksi, cantik, dan lain2 sifat mengikut citarasa setiap orang? Ataupun kita tertarik dengan perwatakan seseorang dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam seseorang individu lain, atau kita mengikut naluri kepimpinan lelaki untuk melindungi seseorang insan yang lebih lemah dari kita? Tiada jawapan yang tepat mampu diberikan oleh setiap orang, kerana kita biasa melihat ramai pasangan dan kalau kita tanya kat mereka bagaimana mereka bertemu, bercinta dan sebagainya, tiada jawapan yang sama mampu diberikan. Malah ada yang jatuh cinta kerana 'its just happened to be'. Jawapan yang paling simple mungkin mampu diberikan oleh mereka kerana hakikatnya begitu atau malas untuk melayan kerenah anda.

Ada sesetangah manusia yang hubungan cinta mereka hanya bermula dari kawan biasa dan lama-kelamaan perasaan cinta mula timbul. Yang ini aku agak setuju kerana ada yang mengatakan kita tak boleh bercinta tanpa mengenali seseorang itu. Setiap orang pasti akan mudah tertarik dengan insan lain yang cantik atau sebagainya, tetapi mungkin perasaan itu berubah setelah mengenali isi hati insan itu. Sama juga kesnya dengan kawan biasa yang semakin rapat semakin banyak rasa kasih, sayang dan prihatin yang timbul dan mereka akan ingin sentiasa bersama. Jika bercinta itu melibatkan dua pihak, maka berbagai salah faham yang akan timbul. Dari isu ini kita tak boleh melihat kesalahan dari satu pihak sahaja kerana ianya hanya melibatkan 2 individu dan pihak masing2 mempunyai cerita tersendiri. Ianya hanya melibatkan dua insan itu dan kita hanya mampu memberikan pendapat dan tidak mampu untuk terlibat secara direct kerana ini melibatkan hati dan perasaan. Kita mungkin susah untuk meminta pendapat kerana bagaimana untuk tahu seseorang itu expert dalam bercinta. Adakah dengan melihat pengalamannya dalam bercinta? Adakah dengan bertanya seorang playboy? Mungkin tidak playboy kerana mereka ini hanya pandai untuk memulakan hubungan tetapi tidak pandai untuk mejaganya. Jadi haruskah kita bertanya dengan pasangan suami isteri yang sudah berkahwin lebih dari 20 tahun? Tak jugak sebab ada yang berskandal dan ada yang bercerai walaupun hubungan mereka sudah bertahan lama. Jadi itu terserah kepada anda untuk membuat pilihan anda sendiri kerana memang tiada jawapan yang pasti.
Bagaimana dengan istilah bercinta pula? Adakah apabila perasaan kasih sayang anda disambut pihak kedua? Jadi bagaimana dengan mereka yang bertepuk sebelah tangan? Mereka mungkin memang sudah out daripada bercinta tetapi bagaimana kisah cinta mereka? Berdasarkan movie2 dan drama2 yang saya tonton, ada yang berkata cinta itu bermaksud melepaskan pergi, malah ada yang berkata jangan give up dan teruskan usaha. Bagaimana kalau buah hati kita sudah berpunya? Memang betul2 susah sebab dari luaran, kita sudah berkata 'biarlah, orang itu sudah berpunya' tapi dalam hati, lain pulak ceritanya. Asal nampak je muka mula la darah ni nak gemuruh. Yang ini pulak bagi aku lupakan aje la awek tu. Carik je yang lain bak kata orang bunga bukan sekuntum. Tak boleh lupa jugak, ok buat macam ni, fikir semua benda2 yang buruk pasal awek tu. Kalau tak boleh jugak, cuba fikir pasal awek2 yang bakal kau temui nanti. Manalah tau kalau2 ada awek macam angelina jolie sangkut.. Aik? Tak boleh jugak? Kalau tak boleh jugak kau buang first sekali no. tepon atau pass2 kat membe yang pandai ngayat, pastu kau buang semua gambar2 kat dalam komputer, pastu barang2 yang dia kasi souvenir ke, dan lain2. Pendek kata kalau ada apa2 je benda yang boleh mengingatkan kau kat awek tuh kau buang. (Ooooops dah lari topik sikit. Kata untuk diorang yang belum couple? Ok la, boleh pakai jugak untuk diorang yang baru clash). Sambung balik, kalau tak boleh lupa jugak baik kau bunuh .... kucing jiran kau. Kalau dah sampai tahap macam ni aku dah tak dapek nak menolong.
Nampaknya aku dah kering idea nak tulih apa (time keja banyak idea mencurah2 tapi bila mengadap komputer tinggal sikit je). Aku ni pun bukannya banyak pun pengalman atau ilmu bercinta. Jadi semua ni hanyalah pendapat aku untuk ditulis dalam blog ni untuk tatapan member2. Dan buat masa sekarang ni aku rasa macam bukan masanya untuk aku bercinta lagi (ke sebab takde awek?) tu pun sebab dia jugak. Tapi memang aku pun malas nak mencari buat masa ni. Kepada semua yang sedang bercinta selamat bercinta dan buat mereka yang belum, selamat mencari.

5 comments:
cerpen ni macam nak bom org jer..
aku ade due komen:
1) taktau plak aku bahasa nelayu wujud.. samela pulak dengan bahasa melayu.. mungkin dari kaum dari rumpun yang sama yang sudah lama hilang..
2) jiran aku takde kucing.. camane? tolong r.. tolong r weh.. cane nak wat nih..
sekian..
Jangan nak tipu la weh. jiran ko bukan sorang. Mak Cik Tijah rumah belakang tu bela kucing senyap2. Ko curik je. Yang Nelayu tu wujud dekat2 Kg Subang tahun parameswara tapi dah lame hilang
kalo nak lagu gaduh ngan jiran mintak kat pacang. lol
aku ingt hang bcinta ngan sapa, yaset?
haha
Post a Comment